Wednesday, December 29, 2010

Tarik Tali Family Days @ KM CHALET Melaka...





Walaupun banyak menggunakan seluruh tenaga terutamanya seluruh anggota badan dipertahankan demi untuk memenangi pertandingan ini,hasilnya team melaka menjadi juara menentang team negeri sembilan. Apa-apa pun sukan macam ni leh sihatkan badan serta minda,enjoy forever...

Thursday, December 16, 2010

The Grand Opening of AUO SunPower 15/12/2010





Perasmian tapak perindusterian yang terbesar di malaysia malah di dunia,dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib "Prime Minister of Malaysia".

Saturday, December 11, 2010

Bagai Isi dengan Kuku....





Pertalian yang rapat perlu dipupuk di peringkat anak-anak masih kecil lagi cos akan kukuh untuk masa hadapan,hubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak-anak mesti diteruskan agar hubungan ini menghasilkan kebahagiaan buat selamanya.So jangan sesekali menderhaka pada ibu dan bapa,tanpa mereka tiada maknanya hidup kita di dunia ini....

Lokasinya di mana?



Cantik x lanskap ini? Lanskap ini buatan dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)di MITC Ayer Keroh,Melaka.Slogannya iaitu Satu Daerah Satu Industri,memupuk semangat warga malaysia dalam industri kecil-kecilan hinggan industri besar-besaran.Aktiviti ini berlangsung dari 10/12/2010 hingga 12/12/2010,jadi jika ada masa terluang singgahlah di MITC Ayer Keroh,Melaka...

Friday, December 10, 2010

Handphone yang pernah aku guna dan ...?



Dunia kian berubah begitu juga dengan gadjet2 yang mengikuti zaman demi zaman,dengan keluaran yang terbaru setiap hari. Adakah kita mampu membeli sebanyak yang mungkin atau kita terikat dengan peredaran zaman terkini yang menitik beratkan kualiti atau kemegahan semata-mata,tepuk dada tanya ler diri sendiri,apa-apa pun ikut pada kemampuan sendiri...

Kenangan Terindah Di Abadikan dlm dunia Digital...


Kehidupan kita selama ini jika tidak disimpan melalui digital yang canggih seperti handy cam serta digital camera,maka tidak bermaknalah kerana kenangan yang indah itu tidak dapat di warisi oleh anak cucu kita kelak,oleh itu kenangan yang abadi bukan sahaja di simpan di dalam hati tetapi jua oleh peralatan yang moden dan canggih ini...

Monday, December 6, 2010

Lagi lampiran hasil dari tangkapan sony cyber shot....




First time menggunakan digital Sony Cyber Shot....

Saya buka nak memuji syarikat berkenaan tetapi saya suka produknya yang memuaskan hati saya,produk tu ialah sony digital camera cyber shot. Gambarnya yang jelas dan nyata dengan flash yang dapat merakam pergerakan walaupun dalam susana yang gelap gelita,jika sesuatu pergerakan yang berlaku terlalu pantas,tangkapan melalui digital ini tetap utuh serta dapat menghasilkan kualiti gambar yang memuaskan. Disini dilampirkan beberapa hasil tangkapan melalui digital cyber shot:-




Cam mana ok x? Produk sony ni tidak menghampakan sesiapa yang menggunakannya,semua tangkapannya adalah "Intelligent Auto", so tunggu apa lagi dapatkanlah digital ini sekarang di kedai sony yang berhampiran anda...
[Valid Atom 1.0]